Setakat 30 Jun lalu, sekurang-kurangnya 118 majikan dikesan tidak mematuhi perintah gaji minimum 2022, yang berkuatkuasa sejak 1 Mei.<br /><br />Ia dikenalpasti hasil pemeriksaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) melibatkan 157 aduan terhadap majikan.<br /><br />Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S Saravanan, bagaimanapun berkata, setakat tempoh tersebut masih belum ada majikan yang didakwa kerana kesalahan terbabit.